Saturday, August 15, 2009

fitness

  1. Kali ni Dr. Martial nak berkongsi tentang fitness. Fitness adalah penting untuk tubuh kita. Fitness yang baik akan menghasilkan gerak seni pertahanan diri yang hebat. Fitness juga akan hasilkan mentaliti yang hebat dan membolehkan kita bertarung habis-habisan.
  2. Baiklah. Untuk kekuatan dari segi lompatan dan untuk hasilkan tendangan dengan lompatan yang hebat, seseorang itu mestilah berlatih dari segi lompatan. Tak perlu gelojoh dalam latihan lompatan ini. Apa yang perlu cumalah berlatih menggunakan tali skipping atau berlatih lompat kecil dengan mengangkat tumit sahaja. Tak perlu lompat tinggi-tinggi bagi mereka yang masih baru.
  3. Dengan berlatih melompat ini, ia akan menguatkan bahagian betis dan peha. Selain itu, dalam tempoh yang singkat akan membuatkan terbentuknya otot-otot dibahagian perut. Ramai laki nakkan bentuk tubuh sebegini bukan?? haha.. Beginilah caranya.. lakukan dengan kerap..
  4. Sekiranya anda di rumah tidak mampu melakukan dgn bilangan 4angka seperti 1000kali secara berterusan, anda boleh juga lakukan dengan secara berperingkat iaitu, ketika dibilik 100 kali, ketika bosan 100kali dan ketika waktu lain.. Apa yang penting adalah, pastikan anda lakukan setiap hari tanpa mengira waktu bila anda lapang. Ini penting kerana bagi mereka yang baru pertama kali mencuba dgn ulangan sehingg 250kali keatas dlm masa yang serentak, anda mungkin akan mengalami kesakitan di bahagian betis atau perut.. tapi biasanya di bahagian betis. Anggaplah ia sebagai perkara biasa kerana anda baru mencuba. Apabila dilakukan setiap hari, anda tidak akan merasa kesakitan lagi.
  5. cubalah latihan lompatan ini kerana hasilnya amat baik. Ia akan buatkan kita berasa seakan-akan badan kita ringan dan bolehkan kita melompat lebih tinggi serta memberikan kita tubuh badan yang menarik.
  6. Jumpa lagi nanti. Salam

Friday, August 14, 2009

grafik-grafik silat











berani ke masuk gelanggang???

Berani kah anda bila nak masuk gelanggang?? Ada orang berani sebelum masuk tapi dh kat dalam gelanggang lain lak jadinya dapat lak bile mata, hidung dh kena tendang.
Sepatotnya sebagai ahli martial art, kita kene setkan dalam mind kita xda erti sakit..
Sakit 2perkara biasa, yang penting kemengan dan maruah yang hendak dijaga... Biarlah kalah bermaruah daripada kalah dengan menyerah.

pentingnya tenaga dalam

  1. Sebagai ahli pertahanan diri, jita mestilah memiliki kekuatan dari segi metal dan fizikal.Tak guna kuat dari fizikal sahaja tapi dari segi mental kita lemah.Jangan pelik sekiranya kita lihat ada org terlalu handal berlawan sedangkan badannya kecil sahaja. Ini adalah disebabkan mentalnya terlalu handal untuk ditandingi.
  2. Tenaga dalam amat penting untuk hasilkan mentaliti yang tinggi. Ini kerana tenaga dalam dan mental adalah suatu perkara yang saling berkait antara satu sama lain. Tapi ini bagi pendapat Dr. Martial la... Tak taw la klu orang lain cakap lain. Tapi bg Dr. Martial, kedua-dua ni memang penting. Hebat mentalitinya maka hebatlah tenaga dalamnya.
  3. Dr. Martial akan jelaskan cara-cara untuk kembangkan tenaga dalam pada post yang akan datang. Itupun kalau ada permintaan dari pelawat. Sebabnya, ilmu tenaga dalam ni agak rahsia dan kadang-kadang akan memberikan hasil yang negatif apabila disalahguna sama ada sengaja atau tidak.
  4. salam.

Wednesday, August 12, 2009

era gengsterz bermula!!!

gengsterz adalah laman blog maya yang akan bercakap tentang martial art.
aku Dr. Martial akan bercerita tentang martial art dengan cara sendiri.
Sebelum tu aku nak perkenalkan diri aku. Nama aku DR. MARTIAL(bukan nama sebenar).
Tapi xpelah. Korang sume leh panggil aku Dr. Martial sahaja.
Aku bekas atlit taekwando selama 9thn, berguru tentang silat, dan pernah juga berguru tentang tomoi.
Kat blog aku ni, aku akan bercerita dan berkongsi mcamane nak jd ahli seni pertahanan diri yang hebat dan seterusnya, korang leh backup sesapa yang perlukan bantuan.
sesapa yang berminat janganlah segan2 emel kat aku gengsterz2009@gmail.com.