Saturday, August 15, 2009

fitness

  1. Kali ni Dr. Martial nak berkongsi tentang fitness. Fitness adalah penting untuk tubuh kita. Fitness yang baik akan menghasilkan gerak seni pertahanan diri yang hebat. Fitness juga akan hasilkan mentaliti yang hebat dan membolehkan kita bertarung habis-habisan.
  2. Baiklah. Untuk kekuatan dari segi lompatan dan untuk hasilkan tendangan dengan lompatan yang hebat, seseorang itu mestilah berlatih dari segi lompatan. Tak perlu gelojoh dalam latihan lompatan ini. Apa yang perlu cumalah berlatih menggunakan tali skipping atau berlatih lompat kecil dengan mengangkat tumit sahaja. Tak perlu lompat tinggi-tinggi bagi mereka yang masih baru.
  3. Dengan berlatih melompat ini, ia akan menguatkan bahagian betis dan peha. Selain itu, dalam tempoh yang singkat akan membuatkan terbentuknya otot-otot dibahagian perut. Ramai laki nakkan bentuk tubuh sebegini bukan?? haha.. Beginilah caranya.. lakukan dengan kerap..
  4. Sekiranya anda di rumah tidak mampu melakukan dgn bilangan 4angka seperti 1000kali secara berterusan, anda boleh juga lakukan dengan secara berperingkat iaitu, ketika dibilik 100 kali, ketika bosan 100kali dan ketika waktu lain.. Apa yang penting adalah, pastikan anda lakukan setiap hari tanpa mengira waktu bila anda lapang. Ini penting kerana bagi mereka yang baru pertama kali mencuba dgn ulangan sehingg 250kali keatas dlm masa yang serentak, anda mungkin akan mengalami kesakitan di bahagian betis atau perut.. tapi biasanya di bahagian betis. Anggaplah ia sebagai perkara biasa kerana anda baru mencuba. Apabila dilakukan setiap hari, anda tidak akan merasa kesakitan lagi.
  5. cubalah latihan lompatan ini kerana hasilnya amat baik. Ia akan buatkan kita berasa seakan-akan badan kita ringan dan bolehkan kita melompat lebih tinggi serta memberikan kita tubuh badan yang menarik.
  6. Jumpa lagi nanti. Salam

No comments:

Post a Comment